Kelas Asas ICT (Microsoft PowerPoint dan Asas Internet)

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 09 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT Microsoft PowerPoint dan asas Internet yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah dan seorang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft PowerPoint dimana adalah sambungan kelas pada 02 September 2023 (Sabtu) lalu. Peserta telah diberikan latihan membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selain itu, peserta juga telah membuat latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam menyunting gambar dan video multimedia menggunakan Microsoft PowerPoint. Dalam masa yang sama, peserta juga dikongsikan dengan asas internet. Di dalam pengisian ini, peserta diperkenalkan tentang laman web, email, pelayar dan juga enjin carian.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali